08 April 2013

TRACK & TRACE @POS MALAYSIA ONLINE :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan Tupperware Aryana sekalian....

Memandangkan lately ramai yang bertanya soalan mengenai status penghantaran barang, dengan itu Tupperware Aryana ingin berkongsi si manakah tempat yg senang & mudah untuk anda lihat STATUS PENGHANTARAN order/barang-barang anda...

Okay, caranya mudah saja... sila ikuti langkah-langkah berikut ya...

1.  SILA KLIK DI SINI atau KLIK PADA GAMBAR pun boleh :)



2. Masukkan tracking number yang biasanya saya SMS/Watsapp selepas pos barang.

3. Tekan ENTER, atau klik pada butang TRACK yang merah menyala tu :)

4. Status parcel / barang anda akan dipaparkan.

Sekian... Mudah saja kan...

Tapi if nak minta tolong kami cek pun boleh... Just SMS/ Watsapp : 012-944 0960.
Kami sedia membantu anda :)

Untuk maklumat kawan-kawan juga, kami sediakan sedikit info tentang penghantaran menggunakan perkhidmatan cemerlang abang-abang posmen dari Pos Malaysia... :)

Tempoh Normal Penghantaran Parcel Pos Malaysia
1. Biasanya bagi Semenanjung Malaysia - Parcel besar akan mengambil masa 2-3 hari. Adakalanya mengambil extra 1-2 hari.

2. Bagi Sabah & Sarawak - Parcel besar akan mengambil masa 3-5 hari. Bergantung kepada kedudukan kawasan juga, adakalanya extra 1-2 hari.

Tempoh Penghantaran Pos Laju
1. Semenanjung Malaysia : 1-2 hari.

2. Sabah & Sarawak : 2-3 hari.

3. Namun begitu, penghantaran menggunakan Pos Laju hanya akan dibuat untuk barang-barang kecil sahaja Cth : Lunch Set, tumbler, Square Round 850ml ke bawah dsbnya,dgn kadar caj biasa.

4. Atau, jika untuk barang bersaiz besar/ banyak, penggunaan Pos Laju boleh digunakan atas permintaan pelanggan di mana kos Pos Laju akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Ini kerana kos Pos Laju yg lebih mahal, maka kami tidak ingin membebankan kawan-kawan semua... :)

Sekian. Happy Shopping @Tupperware Aryana!!!

No comments:

Post a Comment